Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat

Tarikh Tutup: 30 Jun 2021

SYARAT ASAS PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    2. Umur. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.

    3. Penglihatan
      • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
      • Tidak rabun warna

    4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran

    5. Fizikal. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

    6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

    7. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah - Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK.
SYARAT FIZIKAL
    1. Tinggi:
      • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
      • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

    2. Berat:
      • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
      • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

    3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
      • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9
KELAYAKAN AKADEMIK
    1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

    2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

    3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

    4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

    5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

    6. Wajib - Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik.

    7. Peringatan - Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.
CARA MEMOHON
    1. Anda digalakkan untuk menggunakan Browser Chrome dan Firefox.
    2. Sekiranya Paparan Browser anda seperti di bawah, jangan risau dan ikut sahaja 2 langkah seperti yang didalam gambar di bawah. Untuk seterusnya paparan ini tidak timbul selagi tidak membuat clear cache memory dalam browser.
    Pendaftaran
    1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
    2. Pastikan No Mykad 12 Digit dan Email anda betul dan benar.
    3. Buat Pengesahan seperti yang telah di email.
    4. Log masuk ke bahagian pemohon.
    5. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
    6. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
    7. Daftar Permohonan Sekarang

    Peringatan
    1. Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
    2. Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
    3. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan login sistem Calon.
    4. Setelah berjaya Pengesahan Email. Anda boleh login ke Sistem Calon untuk membuat Kemaskini Profil dan Muat Naik Dokumen. Permohonan anda Telah SELESAI.
    5. KEPUTUSAN. Keputusan akan dimaklumkan di dalam Sistem Calon paling awal 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan on-line. Anda dikehendaki login ke Sistem Calon dan Lihat keputusan di Menu Dashboard.
    6. Bagi Pemohon yang GAGAL akan dimaklumkan melalui email dan secara automatik akaun Sistem Calon anda akan di padam dari sistem.

  • Hubungi Kami
Sel Pengambilan Perajurit Muda
Tentera Darat Malaysia
No. Tel: 017-6453771 / 011-63312106
Hari : Isnin – Jumaat
Masa : 9.00pg – 4.00ptg